Sunday 7 August 2011

CERAMAH DAN PAMERAN DADAH

Pada 3hb Ogos 2011, satu ceramah berkaitan dadah telah diadakan bertempat di foyer SK Malim.  Program ceramah ini melibatkan murid tahun 3, 4, 5 dan Pendidikan Khas serta guru-guru SK Malim. Ceramah tersebut disampaikan oleh penceramah daripada Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) daerah Melaka Tengah yang dijemput khas bagi memberi sedikit sebanyak  pendedahan berkenaan dadah.

Selain daripada ceramah, pihak AADK daerah Melaka Tengah juga mengadakan pameran dadah. Antara pameran yang dipamerkan ialah jenis-jenis dadah, punca berlakunya penagihan dadah, kesan dadah terhadap penagih, keluarga dan masyarakat sekeliling, serta peranan semua pihak dalam menangani masalah penagihan dadah ini.


CERAMAH DARIPADA PIHAK AADK MELAKA TENGAH





AKTIVITI MENJAWAB SOALAN KUIZ





GPK HEM MENYAMPAIKAN CENDERAHATI KEPADA PENCERAMAH




PAMERAN DADAH











 



No comments:

Post a Comment