Sunday 7 August 2011

CERAMAH DAN PAMERAN DADAH

Pada 3hb Ogos 2011, satu ceramah berkaitan dadah telah diadakan bertempat di foyer SK Malim.  Program ceramah ini melibatkan murid tahun 3, 4, 5 dan Pendidikan Khas serta guru-guru SK Malim. Ceramah tersebut disampaikan oleh penceramah daripada Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) daerah Melaka Tengah yang dijemput khas bagi memberi sedikit sebanyak  pendedahan berkenaan dadah.

Selain daripada ceramah, pihak AADK daerah Melaka Tengah juga mengadakan pameran dadah. Antara pameran yang dipamerkan ialah jenis-jenis dadah, punca berlakunya penagihan dadah, kesan dadah terhadap penagih, keluarga dan masyarakat sekeliling, serta peranan semua pihak dalam menangani masalah penagihan dadah ini.


CERAMAH DARIPADA PIHAK AADK MELAKA TENGAH





AKTIVITI MENJAWAB SOALAN KUIZ





GPK HEM MENYAMPAIKAN CENDERAHATI KEPADA PENCERAMAH




PAMERAN DADAH











 



Friday 5 August 2011

PERTANDINGAN SUDUT PPDa 2011


Pada 29hb Julai 2011, pihak dari PPD Melaka Tengah telah datang untuk menjalankan penghakiman bagi pertandingan sudut PPDa. SK Malim telah mendapat  tempat ketiga dalam pertandingan sudut PPDa bagi sekolah-sekolah bahagian Melaka Tengah. Terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada guru-guru dan warga SK Malim yang telah membantu dan memberi kerjasama sepanjang tempoh berkenaan.






Sudut PPDa







Skuad Anti Dadah










Pemantauan sudut PPDa


Saturday 23 July 2011

AKIBAT PENAGIHAN DADAH

AKIBAT KE ATAS PENAGIH

  • PERUBAHAN TINGKAHLAKU
  • MENJAUHKAN DIRI DARIPADA KELUARGA, RAKAN & MASYARAKAT
  • HANYA BERGAUL DENGAN KUMPULAN PENAGIH DADAH, PENJENAYAH….
  • MENJADI KURUS,LEMAH & MALAS
  • BERADA DALAM KEADAAN KHAYAL
  • DAYA TAHAN PENYAKIT LEMAH
  • MUDAH MENDAPAT PENYAKIT BERJANGKIT

AKIBAT KE ATAS KELUARGA PENAGIH


  • MARUAH & NAMA BAIK KELUARGA TERCEMAR
  • MEMBAZIR TENAGA,MASA & WANG
  • RUMAH TANGGA PORAK PERANDA
  • ANAK-ANAK PENAGIH TERBIAR

AKIBAT KE ATAS MASYARAKAT

  • PENAGIH DISISIHKAN OLEH MASYARAKAT
  • KEJADIAN KECURIAN/JENAYAH MENINGKAT
  • KETENTERAMAN TERGANGGU

AKIBAT KE ATAS NEGARA

  • MENANGGUNG KOS MENYEDIAKAN KEMUDAHAN RAWATAN & PEMULIHAN DADAH
  • AKTIVITI JENAYAH MENINGKAT
  • BEBAN KERJA ANGGOTA PENGUATKUASA BERTAMBAH
  • KERUGIAN JUMLAH TENAGA KERJA
  • MENANGGUNG KOS PROGRAM PENCEGAHAN
  • DAYA PENGELUARAN MENURUN





PERANAN

Peranan Individu

Setiap individu perlu mengetahui maklumat-maklumat mengenai dadah melalui apa jua cara pun agar mereka benar-benar memahami tentang bahaya dadah kepada diri dan juga orang di sekeliling mereka .

Peranan Ibu Bapa

Ibu bapa perlu melengkapi diri dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang boleh membantu mereka mendidik anak-anak dengan sempurna agar tidak melibatkan diri dengan penyalahgunaan dadah .

Peranan Guru

Setiap masa , para guru perlu mengingatkan para muridnya agar tidak melibatkan diri dengan dadah .

Peranan Pemimpin Masyarakat

Pemimpin masyarakat termasuk tokoh agama perlu sentiasa mencari jalan supaya semua anggota masyarakat berganding bahu , sepakat dan sekata untuk bersama-sama membasmi dadah . Hanya pemimpin yang benar-benar komited dengan masalah ini akan berjaya dalam membentuk generasi tanpa dadah .

Peranan Majikan

Pihak majikan sekurang-kurangnya mengadakan pemeriksaan ujian air kencing sebulan sekali terhadap pekerja-pekerjanya bagi memastikan tempat kerja mereka bebas daripada dadah .

Peranan Pekerja

Pekerja-pekerja memberi kerjasama sepenuhnya kepada majikan mereka sekiranya diminta menjalani ujian air kencing untuk memastikan mereka tidak terlibat dengan dadah .

Peranan Belia

Para belia perlu menyedari bahawa diri mereka merupakan orang harapan untuk memimpin negara pada masa depan . Oleh itu , mereka perlu membuat persediaan diri untuk memikul tanggungjawab ini .

Peranan Pelajar

Para pelajar menguatkan diri mereka untuk tidak melibatkan diri dengan perkara-perkara yang boleh melibatkan diri mereka dengan penyalahgunaan dadah . Slogan ‘Katakan Tidak Kepada Dadah’ perlu dijadikan satu pegangan hidup kepada para pelajar .

Peranan Media Massa

Pihak media berperanan unmtuk menyebarkan pelbagai maklumat mengenai penyalahgunaan dadah memandangkan media massa merupakan alat sebaran am yang paling utama dan bahan yang muda didapati oleh pelbagai lapisan pembaca .

Peranan Pertubuhan Sukarela

Pertubuhan sukarela yang melibatkan diri dalam membentuk genarasi tanpa dadah perlu menyumbangkan masa , tenaga dankadangkala wang ringgit untuk mencapai misi ini . Mereka perlu bersedia untuk menempuhi segala cabaran memandangkan tugas untuk membasmi dadah adalah sesuatu yang berat untuk dilakukan .



Friday 22 July 2011

APA ITU DADAH?

BAHAN KIMIA PSIKOAKTIF, SAMA ADA TULEN ATAU TIRUAN,
DALAM APA JUA BENTUK PUN,
APABILA DIMASUKKAN KE DALAM TUBUH BADAN,
AKAN MEMPENGARUHI SISTEM SARAF PUSAT YANG MENGUBAH
PERASAAN,PEMIKIRAN DAN PERILAKUAN SESEORANG ITU


PENYALAHGUNAAN DADAH

APABILA FUNGSI DADAH UNTUK TUJUAN KEBAIKAN SEBAGAI BAHAN PERUBATAN TELAH DISALAHGUNAKAN UMPAMANYA DADAH TELAH DI EKSPLOITASI SEBAGAI BAHAN YANG MENDATANGKAN KESERONOKKAN YANG TIDAK TERKAWAL, DAN BAHAN PEROSAK KEPADA INDIVIDU


JENIS-JENIS DADAH

SYABU



ECSTACY



CANDU



HEROIN




MORFIN




GANJA