Sunday 7 August 2011

CERAMAH DAN PAMERAN DADAH

Pada 3hb Ogos 2011, satu ceramah berkaitan dadah telah diadakan bertempat di foyer SK Malim.  Program ceramah ini melibatkan murid tahun 3, 4, 5 dan Pendidikan Khas serta guru-guru SK Malim. Ceramah tersebut disampaikan oleh penceramah daripada Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) daerah Melaka Tengah yang dijemput khas bagi memberi sedikit sebanyak  pendedahan berkenaan dadah.

Selain daripada ceramah, pihak AADK daerah Melaka Tengah juga mengadakan pameran dadah. Antara pameran yang dipamerkan ialah jenis-jenis dadah, punca berlakunya penagihan dadah, kesan dadah terhadap penagih, keluarga dan masyarakat sekeliling, serta peranan semua pihak dalam menangani masalah penagihan dadah ini.


CERAMAH DARIPADA PIHAK AADK MELAKA TENGAH





AKTIVITI MENJAWAB SOALAN KUIZ





GPK HEM MENYAMPAIKAN CENDERAHATI KEPADA PENCERAMAH




PAMERAN DADAH











 



Friday 5 August 2011

PERTANDINGAN SUDUT PPDa 2011


Pada 29hb Julai 2011, pihak dari PPD Melaka Tengah telah datang untuk menjalankan penghakiman bagi pertandingan sudut PPDa. SK Malim telah mendapat  tempat ketiga dalam pertandingan sudut PPDa bagi sekolah-sekolah bahagian Melaka Tengah. Terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada guru-guru dan warga SK Malim yang telah membantu dan memberi kerjasama sepanjang tempoh berkenaan.






Sudut PPDa







Skuad Anti Dadah










Pemantauan sudut PPDa